Darah tinggi membunuh secara senyap!
Ia pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk seluruh dunia.
Tekanan darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack), lemah jantung (heart failure) dan kegagalan buah pinggang.
Makanan yang anda makan dengan ketara ia memberi kesan terhadap tahap kesihatan tekanan darah anda; ubat-ubatan juga turut memberi impak kepada kesihatan anda keseluruhannya.
Jika berterusan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan batu karang, penyakit arteri koronari, kehilangan ingatan, serangan jantung, strok, kehilangan penglihatan, dan banyak lagi yang anda tidak jangka!
Adakah anda orangnya?
Orang yang selalu mengambil makanan diproses, makanan restoran, atau menggunakan banyak makanan diproses di rumah, mereka semua berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi kerana sodium dan garam tambahan (bersama-sama dengan lemak yang tidak sihat dan gula) biasanya ditambah dalam makanan ini.
Bila semakin tua, anda juga mempunyai risiko lebih besar untuk tekanan darah tinggi; semua lelaki, wanita berumur 65 tahun ke atas, dan individu yang gemuk, perokok, atau mereka yang sudah mempunyai masalah jantung berdepan risiko lebih besar untuk mempunyai tekanan darah tinggi juga.
Bagaimana Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Melalui Diet Anda:
Dalam usaha untuk mencegah dan merawat tekanan darah tinggi, ia adalah penting untuk menyingkirkan makanan yang diproses dalam diet anda; makanan restoran dan makanan segera. Ia semua mengandungi garam dan gula tambahan, minyak yang tidak sihat serta bahan pengawet.
Tumpukan kepada pengambilan makanan yang lebih segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Makanan ini penuh dengan rasa semulajadi dan membantu tekanan darah secara mendadak lebih rendah serta meningkatkan kesihatan jantung dan berat badan.
Anda perlu mula menggantikan makanan yang tidak sihat dengan pilihan yang lebih sihat untuk jantung anda dan bukannya memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak lagi akan makan. Dan bercakap tentang makanan yang sihat untuk jantung anda, berikut adalah 7 pilihan makanan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan aliran darah – anda boleh dapati di kedai runcit berdekatan anda.
1) Daun Saderi
Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.
Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.
Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.
2) Sayur Berdaun
Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!
Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.
Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.
3) Pisang
Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.
Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.
Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.
4) Kentang
Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!
Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.
Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.
Selagi anda tidak makan kentang dengan mentega, sour cream dan keju, pengambilan kentang tidak akan menambah berat badan. Gunakan topping seperti herba segar, rempah, dan memerah sedikit limau yang mana cara ini mampu menipu deria rasa anda dengan berfikiran anda hanya makan garam (rasa masam dan garam bersama di atas lidah).
Pilihan lain adalah untuk memanggang kentang anda atas kuali dengan herba segar dan rempah tanpa garam di mana makanan ini akan memberi satu rasa yang enak.
5) Epal
Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.
Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!
6) Buah Beri
Buah beri juga merupakan sumber kalium, Vitamin C, dan banyak mineral lain. Kandungan serat yang tinggi menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan dan mencegah kolesterol tinggi, diabetes, dan penyakit jantung apabila dimakan mengikut diet yang sihat.
Ia juga merupakan sumber antioksidan yang hebat yang membantu badan berehat dan meningkatkan aliran darah. Hasilnya, ia boleh membantu membuang toksin berbahaya dari badan yang boleh menyebabkan arteri tersumbat (seperti terlalu banyak lemak atau kolesterol) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.
Khasiat lain adalah ia hebat untuk menguruskan berat badan anda dan membantu supaya gula dalam darah anda tidak akan naik mendadak. Nikmati raspberi, beri biru, beri hitam, cranberry, dan strawberi yang segar atau beku bila-bila masa; sekurang-kurangnya 1 cawan ke dalam makanan harian anda atau jadikan makanan ringan untuk manfaat optimum.
7) Brokoli
Sayuran yang ramai orang tidak suka ini merupakan salah satu yang terbaik untuk jantung. Brokoli penuh dengan nutrien yang meningkatkan aliran darah seperti potassium, Vitamin C, Vitamin B6, dan ia juga adalah satu sumber serat.
Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.
Untuk mendapatkan manfaat yang paling bagus dari brokoli, anda perlu makan mentah atau kukus. Brokoli akan didih keluar nutrien yang terkandung di dalamnya ke dalam air.
Jika anda memasak brokoli pada suhu yang tinggi, seperti memasak sup di mana anda mengambil air rebusannya untuk dimakan, anda boleh bebas memasak seperti yang anda mahu.
Jika anda mengisi diet anda dengan makan makanan yang kurang diproses dan mengambil lebih banyak makanan di rumah, anda sudah berada pada laluan yang betul untuk meningkatkan kesihatan jantung anda. Selepas itu, dengan mengamalkan gaya hidup yang baik dan kesihatan anda akan bertambah baik secara mendadak.
Ingat, anda boleh bertindak mengawal kesihatan jantung anda bermula dari sekarang dengan pilihan yang anda buat setiap hari. Pantau apa yang anda beli dan isi di dalam peti sejuk dan pada pinggan anda iaitu apa yg anda makan.
Jadi mulai hari ini, pergi ke kedai runcit berdekatan dan pilih menu yang lebih sihat untuk diet anda. Jika anda sudah mempunyai masalah tekanan darah tinggi, anda adalah orang yang perlu memberi lebih perhatian terhadap kesihatan anda mulai sekarang.
No comments:
Post a Comment